2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-21 at 11.37.24 AM
Uncategorized

Pakar PBB beri amaran pencabulan Israel terhadap wanita, gadis Palestin

Kumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan pencabulan hak asasi kemanusiaan yang dahsyat termasuk rogol ke atas wanita dan gadis Palestin di Gaza serta Tebing Barat.

Menurut Berita Harian, kebimbangan itu disuarakan pakar bebas termasuk kumpulan kerja mengenai diskriminasi terhadap wanita dan gadis, pelapor khas mengenai keganasan terhadap wanita dan gadis, Reem Alsalem dan Francesca Albanese serta pelapor khas mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin.

Menurut mereka, wanita dan gadis Palestin ditahan dengan sewenang-wenangnya, dirogol atau diancam dengan keganasan seksual.

“Tindakan itu adalah pelanggaran berat hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, selain jenayah serius di bawah undang-undang jenayah antarabangsa yang boleh didakwa di bawah Statut Rom.”

Kita mahu penjenayah bertanggungjawab dan keluarga mangsa menerima keadilan sepenuhnya,” katanya.

Mereka turut memetik contoh wanita dan gadis Palestin dilaporkan dibunuh sewenang-wenangnya di Gaza.

Kami terkejut dengan laporan mengenai sasaran dan pembunuhan tanpa undang-undang sah terhadap wanita dan kanak-kanak Palestin di tempat mereka mencari perlindungan, atau ketika melarikan diri,” katanya.

Pada masa sama, kumpulan pakar itu turut menyatakan kebimbangan mengenai penahanan sewenang-wenangnya ratusan wanita dan gadis Palestin, termasuk pembela hak asasi manusia, wartawan dan pekerja kemanusiaan, di Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Mereka dilaporkan mengalami layanan tidak berperikemanusiaan, tidak diberikan tuala wanita, makanan dan ubat-ubatan, selain dipukul dengan teruk.

Malah katanya, ada juga tahanan wanita yang dimasukkan ke dalam kurungan dan dibiarkan tanpa makanan di dalam keadaan hujan dan sejuk.

Pakar PBB juga melahirkan rasa tertekan dengan laporan pelbagai bentuk serangan seksual terhadap tahanan wanita Palestin, termasuk dibogelkan dan digeledah oleh pegawai lelaki Israel.

“Sekurang-kurangnya dua tahanan wanita Palestin dilaporkan dirogol manakala yang lain dilaporkan diugut untuk dirogol dan keganasan seksual.

“Kami juga bimbang terdapat sebilangan nasib wanita dan kanak-kanak Palestin yang tidak diketahui, termasuk kanak-kanak perempuan yang hilang selepas berhubung dengan tentera Israel,” katanya.

Sehubungan itu, mereka mendesak siasatan bebas yang telus terhadap semua dakwaan itu selain meminta Israel supaya bekerjasama.