2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-04-06 at 10.44.25 AM (1)
Info Semasa

OIC kutuk keganasan anti-Islam di India

NEW DELHI: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keganasan anti-Islam di beberapa lokasi di India, sekali gus menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang menyasarkan komuniti berkenaan.

“Amat bimbang dengan keganasan dan vandalisme yang menyasarkan komuniti Islam di beberapa negeri di India ketika perarakan Ram Navami, termasuk tindakan membakar madrasah serta perpustakaan oleh kumpulan pelampau Hindu di Bihar Sharif pada 31 Mac lalu,” lapor Berita Harian yang dipetik dari OIC.

Menurut pertubuhan 57 negara anggota itu, ia jelas memperlihatkan peningkatan Islamofobia.

Sebelum ini, sekumpulan perusuh dilaporkan bertindak ganas ketika perarakan di bandar Bihar Sharif, kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri Bihar, Patna, untuk meraikan perayaan Hindu Ram Navami.

Kumpulan itu didakwa membakar Madrasah Azizia berusia 110 tahun dan perpustakaan yang menempatkan 4,500 buku, menurut saksi.

Sejak beberapa hari lalu, insiden keganasan terhadap komuniti Islam dilaporkan berlaku, termasuk di Bihar, Karnataka, Maharashtra, Benggala Barat dan Uttar Pradesh.

Bagaimanapun, Kerajaan India membantah kenyataan OIC itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan dikeluarkan Sekretariat OIC, semalam, mengenai India. Ia adalah satu contoh pemikiran komunal serta agenda anti-India,” menurut kenyataan Kementerian Luar India, semalam.

Bagi Serantau Muslim sendiri, tanamkan sikap hormat-menghormati sesama sendiri dan berusaha untuk melakukan kebaikan dalam apa jua keadaan agar tidak meningkatkan lagi permasalahan yang akan merugikan kepercayaan orang luar terhadap negara sendiri. Hapuskan cara pandang negatif terhadap Islam dan raikanlah perbezaan dalam kalangan masyarakat.