2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-04-10 at 12.30.33 PM
Info Semasa

OIC beri amaran mengenai ‘Konfrontasi Agama’

ISTANBUL: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam memberi amaran mengenai ‘konfrontasi agama’ berikutan serbuan Israel ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Keganasan semakin memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan memaksa jemaah keluar selama dua malam berturut-turut pada Selasa dan Rabu, lapor Berita Harian.

Serangan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan dilancarkan selepas provokasi berkenaan dan Israel bertindak balas dengan serangan udara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat agung luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC, kumpulan itu mengutuk ‘sekeras-kerasnya tindakan pasukan dan pendatang Israel yang berulang kali menyerbu Masjid Al-Aqsa’.

Susulan itu, OIC meminta Israel bertanggungjawab ‘atas sebarang akibat hasil tindakan provokatif, menerusi serangan kejam yang sistematik, provokasi yang disengajakan dan hasutan untuk mencetuskan konfrontasi agama’.

Pertubuhan yang berpangkalan di Jeddah itu menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Badan dunia itu diharap mengambil tindakan segera dan langkah-langkah yang perlu bagi menghalang serta menghentikan provokasi Israel dan semua langkah selain dasar haram yang menjejaskan bandar Al-Quds dan kesucian Masjid Al-Aqsa tanpa pilih kasih.

Palestin sudah lama menuduh Israel cuba menjadikan Timur Baitulmaqdis, di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa, sebagai wilayah Yahudi, sekali gus melenyapkan warisan kebudayaan Arab.

Bagi umat Islam, Masjid Al-Aqsa adalah tempat ketiga paling suci manakala golongabn Yahudi, yang menggelar kawasan itu Temple Mount, mendakwa ia menempatkan dua kuil Yahudi pada zaman purba, tambah laporan Berita Harian.