2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-28 at 3.55.35 PM
Info Semasa

Negeri di India haramkan edaran, jualan produk halal

Pihak berkuasa di negeri Uttar Pradesh yang mempunyai paling ramai penduduk di India mengharamkan pengedaran dan penjualan produk yang diperakui halal, termasuk tenusu, pakaian dan ubatan dengan menyatakannya menyalahi undang-undang.

Menurut laporan Utusan, produk seperti roti, gula, minyak makan dan produk lain yang dilabelkan halal oleh syarikat yang mengeluarkannya akan dilarang daripada mengedar dan menjual.

Tambah sumber, pensijilan halal produk makanan adalah sistem selari yang menimbulkan kekeliruan mengenai kualiti barangan.

Pihak berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) merupakan badan tertinggi negara yang bertanggungjawab menentukan piawaian bagi kebanyakan produk makanan yang dijual di negara ini, selain menentukan piawaian yang perlu dipenuhi.

Uttar Pradesh yang ditadbir oleh sami Hindu terkenal, Yogi Adityanath merupakan negeri terbesar dan paling ramai penduduk di India.

Adityanath dan kerajaan negara ini dikecam oleh pengkritik sebagai mempunyai agenda untuk memecah belahkan penduduk Islam di negeri itu dan sehingga kini, hak golongan berkenaan dinafikan secara konsisten.

“Agama tidak boleh dimasukkan dalam makanan.

“Terdapat banyak barangan seperti pakaian, gula yang dicop halal dan menyalahi undang-undang,” kata jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) Uttar Pradesh, Rakesh Tripathi.