2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

NASIB ROHINGYA TERBELA DI MAHKAMH ICJ

Sejak semalam, saya menangis kesyukuran. Akhirnya, nasib Rohingya terbela di mahkamah ICJ. Kemenangan untuk Umat Islam Rohingya.

Setelah bertahun lamanya kita kedepan membawa segala bukti dan dokumentasi mengenai penindasan terhadap Rohingya, Alhamdulillah akhirnya diakui juga wujudnya ‘genocide’ di Myanmar walaupun mereka menafikannya berulang kali sebelum ini.

Akhirnya, terbukti juga dari sudut perundangan mereka bersalah merogol, membunuh, membakar harta benda dan melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya. Ini kemenangan besar untuk Umat Islam.

Ini menguatkan lagi tekad saya, perjuangan membela keadilan ini dapat ditegakkan dengan suara bersama. Kita tidak boleh keseorangan.

Walaupun kelihatan Gambia yang memfailkan kes di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ), tapi hakikatnya ini adalah simbolik kesatuan ummah yang mendepani isu ini. Gambia kedepan untuk wakili kita semua selepas beberapa siri desakan dan jelajah penerangan di seluruh dunia. Ya, Ini suara umat.

Dan bila berlakunya keputusan pengadilan ini, ia jelas menunjukkan kita perlu bekerja keras lagi untuk mengembalikan hak Rohingya yang telah dirampas.

Kemenangan di mahkamah ini membuka satu lagi episod baru untuk perjuangan ini. Ya, penghantaran pulang semula Rohingya ke Arakan!

Kita mesti persiapkan Rohingya pulang semula ke tanah air mereka.

Sejak dulu lagi, saya laungkan kita perlu persiapkan Rohingya untuk kembali ke negara asal mereka di Myanmar. Untuk itu, orang Rohingya sendiri perlu bersedia khususnya dari sudut mental dan rohani untuk memulakan semula kehidupan.

Ia bukan sesuatu yang mudah. Rumah mereka telah tiada kerana dibakar. Tanaman dimusnahkan. Harta dirompak. Ahli keluarga mati dibunuh. Tiada apa yang tinggal. Ia meninggalkan kesan emosi yang cukup besar.

Kita faham kebanyakan mereka tercedera dari sudut mental dan emosi. Hanya kasih sayang dapat mengubatinya. Ya, love is powerful. Itu sifat Allah, Rahman dan Rahim. Terapi cinta ini pasti mujarab Insya Allah.

Perjuangan kita semua sudah masuk ke level yang seterusnya. Kita berikrar untuk melatih lebih ramai kepimpinan Rohingya yang bersedia untuk membangunkan semula bangsa mereka.

Mereka perlu bersedia untuk bangunkan semula ekonomi, pendidikan, kesihatan, penempatan, bekalan makanan dan pelbagai lagi di negara Asal mereka. Kemudahan infrastruktur mesti dibangunkan.  Ia bukan kerja mudah, tapi kita boleh sama sama bantu bangunkan negeri mereka, Arakan. Ya, dengan kerjasama semua umat, ia pasti boleh dilakukan.

Penghantaran pulang Rohingya dari seluruh dunia ke tanah air mereka mesti disusun dengan sistematik. Mesti ada jaminan keselamatan agar mereka tidak lagi dizalimi.

Kalau Rohingya tidak pulang, kerajaan zalim Myanmar akan terus menjarah tanah dan kampung mereka. Saya percaya, kepulangan Rohingya ini akan jadi sangat bermakna jika mereka telah persiapkan kekuatan khususnya dari sudut mental dan rohani.

Sebagaimana sirah menunjukkan, Rasul kembali membuka Mekah setelah 8 tahun berhijrah, saya percaya Rohingya boleh kembali menuntut hak tanah air mereka Arakan dan membangunkannya dengan penuh bergaya. Asalkan mereka punyai kekuatan mental dan rohani yang tinggi. Insya Allah

Jom sama sama kita persiapkan mereka. Kita semarakkan gelombang cinta dan kasih sayang. Saya percaya Rohingya akan bangkit menjadi suatu bangsa yang disegani dan dihormati kerana Islam yang mereka bawa.

Saya bersedia untuk menjadikan impian ini satu realiti, sudikah anda bersama saya?  Komen “peaceforarakan” dan SHARE status ini sebagai tanda sokongan anda ya. Kita cetak generasi baru Rohingya yang cinta Allah dan kuatkan serba serbi bersama sama, Insya Allah.

Ustaz Hakim Mohd Nor

PENGERUSI SERANTAU MUSLIM 

-pejuang cinta dan kasih sayang-

#peaceforarakan

#sendmelove

#serantaumuslim