2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

MYANMAR TIDAK BERSUNGGUH TERIMA KEMBALI ROHINGYA

 

DHAKA, 30 Ogos – Bangladesh menyatakan Myanmar seolah-olah ‘tidak bersungguh-sungguh’ untuk menerima kembali pelarian Rohingya, ketika pertikaian kedua-dua negara itu kian hangat ekoran kegagalan terbaharu penghantaran pulang minoriti Muslim tanpa kewarganegaraan terbabit.

 

Minggu lalu, cubaan terbaharu menghantar pulang pelarian Myanmar gagal sehingga tiada seorang pun pelarian muncul untuk melintasi sempadan ke negeri terjejas konflik di Rakhine.

 

A K Abdul Momen, Menteri Luar Bangladesh mempersoalkan kesungguhan Naypyidaw mengambil balik Rohingya, ketika taklimat diplomat asing di ibu negara Dhaka.

 

Katanya, Myanmar gagal memusnahkan kem pelarian dalam negara (IDP) secara berkesan di Rakhine dan menempatkan mereka ke kediaman asal.

 

“Kekurangan tindakan ini adalah petunjuk jelas bahawa Myanmar tidak bersungguh-sungguh untuk penghantaran pulang dan menerima golongan tertindas ini,” menurut kenyataan kementerian yang memetik taklimat Momen.

 

Sumber: Berita Harian