2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

GAZA DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA SELEPAS 2 ANGGOTA POLIS MAUT

 

GAZA CITY, 29 Ogos – Genting Gaza dalam keadaaan berjaga-jaga hari ini selepas letupan membunuh dua anggota polis di wilayah terkepung itu.

 

Kementerian dalam negeri Gaza dalam satu kenyataan berkata, anggota polis itu maut dalam letupan yang menyasarkan pusat pemeriksaan polis, malam semalam.

 

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak memperincikan butiran letupan itu.

 

Tentera Israel semalam mengebom kedudukan Hamas selepas pejuang Palestin melepaskan tembakan mortar ke sempadan namun menafikan menyerang Gaza pada waktu malam.

 

Sumber: Utusan Malaysia