2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
4619a2c4-b097-4aa2-9a25-582d3c32f9c5.jpg
Info Semasa

Mufti Sabah rasmi Masjid Raja Ahmad Iskandar Serantau Muslim.

Masjid Raja Iskandar merupakan sebuah masjid dibawah kelolaan Serantau Muslim yang mana ia dinamakan sempena bekas pengasas Serantau Muslim, Allahyarham Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob atau lebih dikenali dengan gelaran Raja Iskandar Al-Hiss.

Masjid ini telah siap pembinaannya pada Oktober tahun lalu.

Masjid yang terletak di Kg Watang Tambunan, Sabah ini telah sempurna pembinaan dan kini telah diimarahi jemaah yang berada di kawasan berdekatan. Alhamdulillah.

Walaupun tarikh cadangan untuk majlis perasmian masjid berkenaan dicadangkan pada Disember 2021 atau Januari 2022, namun atas sebab hal-hal yang tidak dapat dielakkan seperti pandemik dan bencana alam, ia tertunda hingga Mei 2022.

Masjid ini telah selamat dirasmikan oleh Tuan Mufti Sabah iaitu Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Azizi Jaafar dan diiringi oleh Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor pada 28 Mei lalu.

Majlis perasmian telah berjalan lancar seperti yang dirancang.

Wakil Serantau Muslim yang berada di Sabah merakamkan wajah-wajah kegembiraan dan kesyukuran penduduk kampung berkenaan kerana masjid yang dinantikan setelah sekian lama dapat dibina dan disiapkan. Tujuan pembinaan masjid ini ialah, tidak lain tidak bukan untuk program keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan.

Buat makluman semua, masjid ini boleh menampung lebih 100 jemaah pada satu masa itu telah diguna pakai sepenuhnya sejak bulan 10 yang lalu oleh penduduk Kg Watang.

Serantau Muslim berharap dengan tertubuhnya masjid ini ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk setempat, juga jutaan terima kasih turut dikirimkan kepada anda yang selama ini terus menyokong gerak kerja Serantau Muslim dalam membantu mereka Saudara Muslim kita yang memerlukan baik di dalam atau luar negara.

Bagi yang ingin yang mengetahui maklumat lanjut Serantau Muslim, sila layari www.serantaumuslim.org.my.