2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

KOMEN ANTI-ISLAM PUNCA CALON PARTI LIBERAL AUSTRALIA DISINGKIR

SYDNEY, 7 MEI: Susulan komen anti-Islam seorang calon parti Liberal Australia, Jessica Whelan dipaksa berundur hari ini ketika parti itu bergelut menangkis tuduhan melindungi ekstremis sayap kanan.

Whelan yang menjadi calon ketiga Liberal menarik diri dari pilihan raya 18 Mei ini sejak tiga hari lalu susulan komen berbau homofobik dan perkauman di media sosial.

Whelan dari Tasmania yang bertanding untuk kerusi parlimen, pada mulanya mendakwa entri berkenaan yang merujuk Muslim sebagai ‘orang Islam keji’ dan menyeru kepada pungutan suara melarang pendatang Islam, diceroboh penggodam.

Tetapi selepas beberapa lagi bukti entri berbau anti-Islam mula tular di media Australia semalam, Whelan menarik diri dari pertandingan itu hari ini.

Tindakan itu dibuat selepas Liberal, yang diketuai Perdana Menteri Scott Morrison, dipaksa menggugurkan dua calon lain di Victoria Rabu lalu selepas menghantar mesej anti-Islam atau homofobik di media sosial.

“Pihak Liberal terpaksa menyingkirkan seorang lagi calon sayap kanan,” kata Bill Shorten, pemimpin parti pembangkang utama, yang mendahului dalam undian pendapat.

Sementara itu, Morrison menafikan pandangan Whelan menggambarkan agenda parti sayap kanan yang diterajuinya. –

Sumber: Berita Harian