2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA @ VIETNAM

SERANTAU MUSLIM (SM) telah berjaya ke Huyen Tan Chau Daerah Tay Ninh, Vietnam bagi mengadakan program tajaberbuka. Wakil SM yang terlibat dalam program kali ini terdiri daripada Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor (Pengurus Besar SM), Siti Zulaikha Aiyub (Pengurus Pemasaran) dan Fazidatul A’in Ramli (Eksekutif Jualan).

 

Program tajaberbuka ini dijalankan selama 4 hari 3 malam itu bermula dari 3 hingga 5 Mei. Misi ini bertujuan menyampaikan bantuan makanan sempena menyambut bulan Ramadhan buat fakir miskin dan anak-anak yatim di sekitar Tay Ninh, Vietnam.

 

Melalui misi ini, sebanyak 300 bakul makanan dan 450 pek makanan iftar telah diperuntukkan untuk penduduk yang memerlukan. Barangan yang diagihkan berupa juadah berbuka puasa (Pek Makanan Iftar) dan Pek Bakul Makanan Mentah yang berupa beras, minyak, gula, susu,ikan sardin serta dan garam.

 

Selain itu, antara perkampungan yang terlibat dalam program ini ialah Kampung Nia’mah, Kampung Darul Naim, Kampung Mubarak, Kampung Nourul Islam, Kampung Nourul Ehsan, Kampung Nourul Nia’mah dan Kampung Nourul Iman. Manakala majlis berbuka  telah diadakan di Masjid Jamiul Aman dan Masjid Khoyriyah An Giang. Program tajaberbuka kali ini juga telah mendapat kerjasama dari Madrasah Darus Salam.

 

Buat makluman pembaca sekalian, program tajaberbuka dibawah kelolaan SM ini tidak akan terhenti di Vietnam sahaja malah SM komited bersama-sama 14 buah negara lagi bagi membantu penduduk Islam yang terdiri daripada golongan asnaf mana mereka memerlukan bantuan bagi meringankan kehidupan mereka.

 

[Layari tajaberbuka.com atau terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank 5641 0042 1083 Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim]

 

Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah 9 Mei 19, 11:44 pagi