Aktiviti SMInfo Semasa

KISAH WARGA EMAS TIDAK KENAL ERTI PENAT

Pak Ali merupakan seorang warga emas yang cukup-cukup kuat. Walaupun usianya hampir menjangkau 75 tahun, beliau tetap gigih bekerja demi mencari rezeki dan sesuap nasi.

Jika sekali pandang raut wajah Pak Ali memang patut berehat di rumah namun berbekalkan semangatnya yang tinggi, beliau masih menggunakan kudrat yang ada untuk mencari rezeki walaupun dengan hanya mengayuh basikal uzurnya. Sesiapa yang melihatnya, cukup memberi semangat luar biasa!.

Kerja Pak Ali sehari-hari hanya mengutip besi dan barang terpakai di tempat pengumpulan sampah yang terletak di Serkam, Melaka. Pak Ali menetap di sebuah rumah kampung yang terletak di Merlimau. Seringkali terlihat Pak Ali di tempat pengumpulan sampah tersebut. Walaupun dalam waktu hujan, dari pagi hingga menjelang petang, Pak Ali sangat gigih mencari rezeki 😢

Kehidupan Pak Ali dan isteri hanya bergantung dengan bantuan yang diterima dan hasil pendapatan daripada jualan besi. Dengan hasil RM20 sebulan, itu sahajalah yang menjadi pendapatannya. Allah 😢

Pak Ali adalah salah satu wajah penerima bantuan yang mewakili ribuan lagi asnaf di Melaka bahkan di seluruh Malaysia yang memerlukan bantuan kecemasan daripada orang ramai.

Oleh itu, Serantau Muslim menyeru untuk semua yang melihat posting ini untuk sama-sama kita membantu dan memberi sumbangan kepada orang-orang yang memerlukan seperti mereka. Semoga sumbangan yang diberi dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan.

Kongsikan posting ini agar mereka yang lain tidak terlepas peluang untuk sama-sama membantu.

Sumber: Media Serantau Muslim