2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 18 OKTOBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”HAPUS SINDIKET EKSPLOITASI KANAK-KANAK PEREMPUAN PELARIAN ROHINGYA” font_container=”tag:h1|font_size:35|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa sedih dan bimbang berikutan isu kanak-kanak perempuan pelarian Rohingya dijual untuk menjadi buruh walaupun masih berada di bawah umur. Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kanak-kanak tersebut dijual demi mendapatkan wang bagi menyara keluarga mereka yang berada di kem-kem pelarian dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) turut mengesahkan 35 orang mangsa kejadian ini terdiri daripada kanak-kanak perempuan dan 31 orang adalah wanita.

Dalam masa yang sama, SERANTAU MUSLIM merasa sangat kecewa atas sikap kerajaan Myanmar yang melengahkan proses membawa pulang pelarian Rohingya ke negara asal mereka disamping enggan mengambil tindakan ke atas pasukan tentera mereka di atas perbuatan kejam terhadap etnik Rohingya sebelum ini.

SERANTAU MUSLIM melihat keadaan ini terpaksa dihadapi kanak-kanak perempuan Rohingya ini adalah kerana mereka inginkan jaminan keselamatan dan kesenangan daripada pihak luar.

SERANTAU MUSLIM juga yakin jika Myanmar bertindak mempencepatkan proses membawa pulang pelarian Rohingya, keadaan yang sedemikian mungkin tidak akan berlaku kerana jaminan anak-anak kecil untuk mendapatkan pendidikan, seterusya pekerjaan dan keselamatan sudah terjamin. Namun, nasib pelarian Rohingya masih belum berpihak kepada mereka sehingga kini sehinggalah perkara malang ini terjadi kepada pelarian Rohingya terutama golongan kanak-kanak perempuan dan wanita.

SERANTAU MUSLIM sangat berharap langkah drastik perlu dilakukan bagi menghalang isu eksploitasi terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita dalam pelbagai aspek, seksual mahupun untuk tujuan (money oriented) semata kerana kanak-kanak tersebut perlu diberi perlindungan sewajarnya.

SERANTAU MUSLIM menyeru pihak berwajib di peringkat antarabangsa agar dapat mengenalpasti sindiket-sindiket haram yang wujud ini dan agar mereka ditumpaskan.

SERANTAU MUSLIM juga berharap banyak program-program kesedaran terhadap perkara seperti ini dengan lebih banyak diadakan bagi membendung lebih ramai kanak-kanak dan wanita terpedaya dengan sindiket-sindiket seperti ini.

SERANTAU MUSLIM berharap orang ramai terus membantu pelarian Rohingya agar mereka tidak bergantung harap kepada pihak yang bertujuan mengeksploitasi mereka.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2486″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]