2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

Kenyataan Media 16 Mei 2018

Kenyataan Media SERANTAU MUSLIM
16 Mei 2018 | Israel dan AS Berpisah Tiada

Tidak dinafikan bahawa krisis yang berlaku di negara yang didiami umat Islam adalah perancangan licik yang telah diatur oleh Yahudi sejak berabad dulu sebagaimana yang telah dirakamkan dalam Al-Quran. Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) melihat Amerika Syarikat dan Israel adalah agen pelaksana Yahudi bagi mencetuskan konflik terhadap umat Islam terutama di Palestin.

Amerika Syarikat dan Israel seolah-olah buta dengan tindakan kejam yang dilakukan terhadap manusia yang lain terutama umat Islam kerana mereka saling bantu-membantu demi mencapai kepentingan diri serta menambah keakraban hubungan diplomatik. Oleh hal yang demikian juga, Amerika Syarikat yang diterajui pimpinan oleh Donald Trump berani tanpa mengendahkan suara global untuk membuka kedutaan di tanah milik orang Islam di Jerusalem disamping mencetuskan pertempuran berdarah dengan rakyat Palestin.

Walaupun, telah banyak gesaan dan tindakan untuk melakukan siasatan bebas antarabangsa terhadap Israel, namun sehingga hari ini masih tiada jalan penyelesaian kerana siasatan tersebut seringkali dihalang kuasa veto dunia, salah satu yang memiliki kuasa tersebut ialah Amerika Syarikat. SERANTAU MUSLIM berpendapat anugerah kuasa veto yang diberi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada lima negara ini tidak praktikal kerana mereka tidak berperanan menjaga keamanan dunia sebaiknya disamping banyak usaha global untuk membanteras jenayah kemanusiaan menjadi sia-sia walaupun negara lain telah menghabiskan banyak masa dan tenaga bersidang untuk mengemukakan sebarang resolusi membantah jenayah ini.

Menurut laporan media bertarikh 15 Mei, Ireland memanggil duta Israel ke Dublin bagi membantah tindakan kejam Israel membunuh kira-kira 60 orang penduduk Palestin disamping sebanyak 211 rekod serangan terhadap pekerja kesihatan di Gaza dicatat. Pegawai Ireland di Ramallah berasa terganggu kerana perkhidmatan kesihatan di Gaza kurang berfungsi disebabkan kekurangan peralatan selain terpaksa menghadapi kes kematian dan kecederaan yang semakin meningkat sejak pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis. Dalam masa yang sama, banyak fasiliti kesihatan seperti ambulans telah rosak.

SERANTAU MUSLIM melihat pembunuhan 60 orang penduduk Palestin ini adalah insiden paling berdarah sepanjang konflik Israel-Palestin sejak perang Gaza 2014. SERANTAU MJSLIM merasakan pihak Amerika dan Israel seharusnya mendatangkan keamanan kepada rakyat Palestin bukan sebaliknya.

Sejak awal lagi, SERANTAU MUSLIM percaya bahawa Amerika Syarikat tidak berniat memberi kedamaian kepada Palestin tetapi ingin mencetuskan keganasan di negara yang majoritinya penganut agama Islam. Oleh hal demikian, Amerika Syarikat langsung tidak nampak kesalahan pihak Israel walaupun banyak episod berdarah dirakam hasil daripada serangan Israel terhadap rakyat Palestin.

Di sudut lain, Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim telah menggesa semua negara Islam mengkaji semula hubungan dengan Israel, selepas 60 rakyat Palestin terkorban dalam pertempuran dengan anggota tentera Israel di sempadan Gaza.

Susulan bantahan global terhadap tindakan ganas Israel dan Amerika Syarikat, SERANTAU MUSLIM percaya akan muncul pelbagai alasan yang bakal dikemukakan oleh kedua pihak yang licik ini demi menampakkan kepada dunia mereka adalah terbaik dalam setiap yang dilakukan mereka biarpun hak asasi manusia umat Islam terjejas.
SERANTAU MUSLIM percaya bukan sahaja perebutan tanah yang mencetuskan konflik antara dua negara tersebut tetapi isu agama yang sememangnya dibenci pihak Israel dan didalangi oleh pihak Yahudi yang kononnya mereka untuk memperjuangkan perjuangan suci agama mereka.

SERANTAU MUSLIM benar-benar yakin bahawa jika PBB dapat berfungsi sebaiknya, jenayah kemanusiaan ini akan reda dan suatu hari nanti rakyat Palestin akan peroleh kekuatan untuk mentadbir negara sendiri.

Justeru, ayuhlah kita bersama-sama berganding bahu, sebulat suara demi membantu umat Islam diseluruh dunia kerana “Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM