2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 14 Ogos 2018

[vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2142″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][helpme_fancy_text highlight_color=”#000000″ font_family=”none”]MISI BANTUAN KECEMASAN “AIR MATA LOMBOK” TELAH DIJAYAKAN SERANTAU MUSLIM

Oleh Wartawan SERANTAU MUSLIM[/helpme_fancy_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

LOMBOK: Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) telah berjaya mengadakan misi bantuan kecemasan “Air Mata Lombok” ke negara Indonesia selama tiga hari yang bermula pada 12 Ogos dan berakhir pada 14 Ogos 2018, hari ini.

Kejadian gempa bumi yang berlaku pada 7 Ogos dan 9 Ogos 2018 di Lombok telah merekod bacaan setinggi 7.0 skala richer. Kejadian tersebut telah mengorbankan lebih kurang 400 orang dan mencederakan ribuan orang serta telah memaksa ratusan ribu penduduk keluar dari rumah masing-masing bagi mengelakkan dari menjadi mangsa gempa di daerah tersebut.

Keadaan bertambah parah apabila amaran gempa bumi masih lagi tidak dihentikan, dan penduduk masih perlu berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku lagi gempa bumi yang mungkin menyusul.

Dalam pada itu, Ustaz Hakim Mohd Nor yang ditemui semasa dalam misi mengatakan bahawa, “misi ini adalah sangat penting untuk menunjukkan solidariti umat Islam tanpa mengira latar belakang warganegara serta sempadan geografi dan misi bantuan kecemasan gempa ini dikhususkan untuk memberi bantuan kecemasan khusunya dalam bentuk pek makanan, minuman, pakaian dan perubatan.

“Misi bantuan kecemasan “Air Mata Lombok” ini merupakan satu misi yang sifatnya jangka panjang kerana kita juga turut meletakkan peluang kepada orang ramai untuk menyalurkan bantuan bagi membina semula bangunan-bangunan yang telah musnah akibat gempa, antaranya wakaf masjid, sekolah dan juga bangunan pendidikan yang lain”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terjejas dalam misi bantuan kecemasan “Air Mata Lombok” di Lombok, Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Rombongan bantuan ini turut disertai oleh dua orang wartawan televisyen tempatan, dari TV Alhijrah bagi merakam momen dan kisah disebalik tragedi gempa bumi yang melanda daerah itu.

Pengurus Besar SERANTAU MUSLIM turut menyifatkan gempa bumi di Lombok kali ini adalah yang terbesar dan turut meragut banyak nyawa, tidak terkecuali rakyat Malaysia yang sedang menjalani aktiviti pendakian.

“Gempa bumi minggu lalu merupakan antara gempa yang terbesar telah terlakar dalam sejarah dan telah mengorbankan seorang warga Malaysia iaitu saudari Siti Nur Iesmawida Ismail yang telah terkorban semasa mendaki gunung Rinjani, Lombok Indonesia” jelasnya.

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim yang memegang slogan “Persaudaraan Rentas Sempadan” telah membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan kepada usaha membaik pulih dan memberi bantuan kecemasan kepada penduduk Lombok melalui saluran ke akaun Maybank Serantau Muslim 5641 0042 1083 atau dengan menghubungi talian hotline Serantau Muslim di talian 010 8659407.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]