2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 05 September 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”ADAKAH MYANAR TAKUT TEMBELANGNYA PECAH?” font_container=”tag:h1|text_align:center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM merasakan kerajaan Myanmar seolah-olah menyorok sesuatu daripada pengetahuan dunia. Hal ini berikutan penahanan dan memenjarakan dua orang wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo yang didakwa kerana memiliki dokumen sulit kerajaan Myanmar.

SERANTAU MUSLIM melihat tindakan kerajaan Myanmar memenjarakan dua wartawan itu kerana takut tembelang mereka akan pecah kerana memiliki dokumen sulit yang diberikan oleh dua anggota polis semasa membuat liputan di Rakhine dan ia sekali gus mengesahkan genosid berlaku di Myanmar. Jika sebaliknya, mana mungkin wartawan tersebut ditahan dan dipenjarakan di sana.

SERANTAU MUSLIM turut merasakan Myanmar sememangnya takut dengan bayang-bayang sendiri selepas jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay meminta penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengemukakan bukti bertulis yang menyatakan segala perincian insiden yang berlaku di Rakhine. Jika benar wartawan Reuters memiliki dokumen yang dimaksudkan Zaw Htay itu, sudah pasti kerajaan Myanmar bimbang untuk berhadapan dengan hukuman yang berat selepas ini.

Dalam masa yang sama, SERANTAU MUSLIM bersependapat dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang bimbang akan pencabulan hak asasi di Myanmar disamping menyatakan kerisauan terhadap wartawan tersebut. Antonio Guterres turut menyifatkan insiden seperti ini adalah satu fenomena pelanggaran dramatik hak asasi manusia kerana terhakisnya kebebasan media di Myanmar.

Oleh itu, SERANTAU MUSLIM merasakan tindakan kerajaan Myanmar memenjarakan wartawan Reuters selama tujuh tahun adalah tidak wajar dan harus diadili secara saksama kerana mereka mempunyai ahli keluarga yang masih kecil untuk dijaga. SERANTAU MUSLIM berharap undang-undang Myanmar yang digubal pada tahun 1923 itu dapat disemak semula dan perlu adil dengan keadaan semasa.

SERANTAU MUSLIM mengingatkan kerajaan Myanmar bahawa media mempunyai hak untuk melaporkan berita yang benar bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap apa yang berlaku di negara luar. SERANTAU MUSLIM sekeras-kerasnya mengutuk kerajaan Myanmar kerana menyekat kebebasan media untuk membuat liputan di negara bergolak itu.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”

Muhammad Faeez Azahar
Pengarah Media dan Komunikasi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2369″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]