Kembara Prihatin: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
[vc_row source=”” text=”HELP US REACH OUR GOAL” font_container=”tag:h2|text_align:center” use_theme_fonts=”yes” google_fonts=”font_family:Abril%20Fatface%3Aregular|font_style:400%20regular%3A400%3Anormal” custom_letter_spacing=”” link=”” css=”.vc_custom_1533097069891{background-color: #eded6f !important;}”][vc_column][vc_custom_heading text=”SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA” font_container=”tag:h1|text_align:center|color:%235b14a8″ use_theme_fonts=”yes” custom_letter_spacing=””][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Syukur atas nikmat Tuhan, pada tanggal 06 Julai 2018 pihak Serantau Muslim dengan jayanya meneruskan misi bantuan di rumah seorang warga emas iaitu Puan Rohaya binti Nohd Noh.“SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA” Itulah realiti keperitan hidup yang ditanggung oleh Puan Rohaya binti Mohd Noh yang kini diuji dengan pelbagai dugaan.. Hari demi hari kian lelah, demi melansungkan kehidupannya di dunia ini namun kecekalan dan semangat untuk hidup memberi seribu makna terhadap keluarga ini.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]
Puan Rogayah binti Mohd Noh seorang warga emas yang telah kematian suaminya dan mengalami sakit strok. Tambahan lagi ada waktu ketika akan diserang sawan tarik. Kesedihan amat dirasai Puan Rogayah kerana selama ini dia ditemani suami tercinta walaupun Puan Rogayah sakit namun suaminya tetap menemaninya. Puan Rogayah kini hanya terlantar dengan kudrat yang semakin lemah, namun Puan rogayah ditemani anaknya Puan Zalifah.
Puan Zalifah terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu tercinta yang tidak berdaya untuk melakukan apa apa dan memerlukan bantuan orang sekelilingnya.
“Mak cik terpaksa berhenti kerja, sebab mak cik perlu tengok sentiasa keadaanya. Tak boleh tinggal dia seorang. Mak cik pun tak boleh kerja luar sebab penyakit kulit Mak cik makin menjadi jadi” kata Puan Zalifah.
Walaupun terpaksa untuk berhenti kerja, beliau tidak mudah mengeluh malahan mengambil tempahan urutan bagi meneruskan kelansungan hidup namun kekangan demi kekangan mendatang kerana merisaukan keadaan ibunya.
Meskipun mereka sekeluarga mendapat bantuan daripada MAIM dan Hospital Besar Melaka, namun keperluan makanan ,pakaian dan perubatan yang semakin meningkat serba sedikit agak membebankan mereka sekeluarga.
Tambahan lagi, keadaan kesihatan Puan Zalifah juga tidak mengizinkannya untuk melakukan kerja-kerja luar kerana penyakit kulit yang dihadapinya.
Justeru itu, kami Pihak Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim ingin mengajak anda bersama-sama kami dalam misi bantuan dan sumbangan terhadap golongan yang betul-betul memerlukan kita seadanya.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]