2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SM

TajaBerbuka: Masjid Pulai, Melaka 2.0

[vc_row][vc_column][helpme_custom_heading custom_heading_text1=”TajaBerbuka: Masjid Pulai, Melaka 2.0″ custom_heading_color=”#177f0a”][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533105345112{background-color: #ffcb72 !important;}”][vc_column][vc_column_text]Program ini telah dilaksanakan pada 6 Jun 2018 dan bermula pada jam 2.30 petang yang diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai Melaka. Pihak Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim mensasarkan seramai 34 penerima daripada keluarga orang tempatan dan keluarga pelarian Rohingya yang akan menyertai majlis ini untuk menerima bantuan. Bantuan yang telah diberikan adalah seperti bakul makanan yang mengandungi bahan makanan mentah untuk keperluan menghadapi bulan puasa. Antara bahan makanan mentah yang telah diberikan adalah seperti beras, minyak masak, kicap, gula, tepung dan sebagainya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][helpme_image_slideshow images=”1968,1972,1973,1977,1979,1981″ slideshow_aligment=”none” image_width=”866″ image_height=”567″][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533105312132{background-color: #ffcb72 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Program Majlis Agihan Bakul Makanan di Melaka. Majlis Agihan Bakul Makanan ini dikelola oleh Pertubuhan Serantau Muslim dengan kerjasama dan ditaja oleh United Kingdom Islamic Foundation (UKIM). Majlis Agihan Bakul Makanan ini dilaksanakan bersempena bulan Ramadhan dan bertujuan untuk meringankan beban keluarga asnaf fakir dan miskin serta pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

Program Agihan Bakul Makanan ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan Serantau Muslim dan UKIM untuk memastikan mereka yang memerlukan dapat melalui Ramadhan dengan lebih bermakna bersama keluarga terutama keluarga asnaf fakir dan miskin serta pelarian Rohingya yang perlu menyambut Ramadhan jauh dari negara sendiri.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][helpme_image_slideshow images=”1997,1995,1994,1992,2001,2002″ slideshow_aligment=”none” image_width=”877″ image_height=”566″][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1533105298904{background-color: #ffcb72 !important;}”][vc_column][vc_column_text]

Program yang dijalankan adalah program majlis berbuka puasa dan agihan bakul makanan yang diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai. Program ini dilihat memberi kesan yang baik pada golongan yang membantu dan dibantu kerana dapat menambah pahala kepada individu yang menderma dan juga dapat membantu meringankan beban belanjawan bagi pihak keluarga asnaf fakir dan miskin. Selain itu, program ini juga dapat memperkenalkan nama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim pada masyarakat di Melaka tidak kurang juga di luar negeri Melaka.

Program ini memberi impak yang baik dan perlu diteruskan pada ramadhan akan datang. Selain golongan asnaf fakir dan miskin yang telah dibantu, tidak ketinggalan etnik Rohingya yang menetap di negeri Melaka juga dijemput untuk hadir ke program bagi menerima bantuan bakul makanan. Hal ini demikian kerana, pihak Serantau Muslim mengfokuskan masyarakat islam dari luar negara seperti Rohingya yang mana nasib mereka ditindas dan dizalimi oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Majlis berbuka puasa & agihan bakul makanan ini merupakan sebuah program yang dirancang oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim dengan kerjasama Madinah International Foundation (MIF) dan United Kingdom Islamic Mision (UKIM) bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan seperti warga tempatan dan keluarga pelarian Rohingya yang ada di Melaka bagi menyambut bulan Ramadhan. Semoga dengan bantuan ini dapat mengukir senyuman diwajah para penerima bantuan dan semoga bantuan ini tidak akan terhenti di sini dan dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat bersama.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]