2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
2467939
Uncategorized @ms

Kapal Israel disekat berlabuh di Malaysia

Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM disekat dan tidak dibenar berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Menurut laporan Sinar Harian, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta- merta.

Pada tahun 2002 Kabinet mula membenarkan kapal dari syarikat itu berlabuh di Malaysia manakala pada tahun 2005 pula, kebenaran mendarat turut diberikan kepada kapal tersebut.

Datuk Seri Anwar menyatakan bahawa, kerajaan hari ini membatalkan semua keputusan kabinet lalu.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini,” katanya.