2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
banj20_1703055524
Uncategorized @ms

10 maut, 12,600 selamatkan diri banjir besar landa selatan India

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam banjir selepas hujan lebat di selatan India beberapa minggu selepas taufan mencetuskan banjir besar di kawasan yang sama.

Laporan Berita Harian menyatakan beratus-ratus penduduk terkandas di negeri Tamil Nadu ketika jalan raya ditenggelami air dengan tentera udara terpaksa menurunkan 10 tan bekalan kecemasan kepada mereka yang terkandas.

Rakaman daripada agensi berita Press Trust of India (PTI) menunjukkan seluruh kawasan kejiranan ditenggelami air dengan pasukan keselamatan menyelamat menggunakan bot.

Ketua Setiausaha Tamil Nadu, Shiv Das Meena berkata sekurang-kurangnya 10 maut dan 12,600 lagi terpaksa melarikan diri ke kawasan lebih selamat.

Keadaan itu berlaku di beberapa daerah termasuk Thoothukudi dan Tiruelveli, kata pejabat gabenor negeri menerusi platform X.

Ketua Menteri negeri Tamil Nadu, M K Stalin berkata hujan lebat paling teruk dalam sejarah menjejaskan kehidupan ramai penduduk dan menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur.

Hujan lebat berlaku hanya dua minggu selepas sekurang-kurangnya lapan maut akibat taufan Michaung, yang melanda negeri Tamil Nadu dan Andhra Pradesh pada 6 Disember lalu.