2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KANAK-KANAK DI YAMAN KEKURANGAN ZAT MAKANAN

DUBAI: Kira-kira 400,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun berisiko mati, akibat kekurangan zat makanan di Yaman yang dilanda perang dan kemiskinan.

Agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa separuh dari mereka tergolong dalam golongan itu terkesan atau 2.3 juta kanak-kanak kecil, yang menderita kekurangan zat makanan pada tahun ini.

Ketua Program Makanan Dunia, David Beasley, dalam kenyataan bersama berkata, angka ini satu lagi seruan untuk meminta bantuan dari Yaman kerana setiap anak yang kekurangan zat makanan juga membawa maksud keluarga yang berjuang untuk bertahan hidup.

Jumlah kanak-kanak Yaman yang berisiko mati akibat kekurangan makanan meningkat menjadi 400,000 orang, iaitu meningkat 22 peratus pada tahun 2020.

Sementara itu, Ketua Agensi Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Henrietta Fore berkata, lebih banyak kanak-kanak akan mati setiap hari, jika tiada tindakan.

“Organisasi kemanusiaan memerlukan sumber yang dapat diramal segera dan akses tanpa halangan kepada masyarakat di lapangan untuk dapat menyelamatkan nyawa,” katanya.

PBB juga memberi amaran bahawa kira-kira 1.2 juta wanita hamil atau menyusu anak dijangka menderita kekurangan zat makanan pada tahun 2021.

Beasley berkata, krisis di Yaman campuran konflik, keruntuhan ekonomi dan kekurangan dana yang teruk dan pertolongan sangat diperlukan.

“Ada jalan keluar untuk kelaparan, iaitu makanan dan menghentikan keganasan,” katanya.

Hari ini, jutaan penduduk Yaman berada di ambang kebuluran dengan ekonomi yang hancur, sekolah dan hospital hampir tidak berfungsi, dan puluhan ribu terbunuh.

Menurut PBB, lebih daripada tiga juta orang kehilangan tempat tinggal, hampir 80 peratus daripada 29 juta penduduk memerlukan bantuan untuk hidup.

Sumber: Berita Harian