2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

BANTUAN TERUS DISALUR KEPADA PELARIAN SYRIA

Terkini, Serantau Muslim telah menyalurkan bantuan berupa arang batu dan kit kebersihan kepada pelarian Syria.

Sebanyak 1630 pek arang batu telah diedarkan di kem pelarian Idlin-Maarat Misrin dan kem Alkornish Alhasoub.

Pek arang batu yang diberikan kepada pelarian Syria

Setiap keluarga menerima sebanyak 50 kg arang batu pemanasan untuk kegunaan di kem yang didiami mereka.

Antara lori yang membawa bekalan bantuan

Selain daripada itu, Serantau Muslim turut memberikan kit kebersihan. Sebanyak 370 keluarga telah menerima agihan tersebut di kem pelarian yang sama.

Sukarelawan Serantau Muslim menunjukkan cara menggunakan kit kebersihan kepada anak pelarian di sana

Untuk maklumat lanjut, layari www.serantaumuslim.org.my atau untukmusyria.com.