2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
b3caa36a-5ba1-47c7-9247-03565f975b82.jpg
Info Semasa

Kanak-kanak 7 tahun maut ketika dikejar tentera Israel

BAITULMAQDIS: Seorang kanak-kanak Palestin berumur tujuh tahun meninggal dunia semalam akibat serangan sakit jantung selepas dikejar tentera Israel yang menduduki Tebing Barat, kata bapa mangsa.

Susulan kejadian itu, Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kesedihan dan menggesa siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian akibat ‘ketakutan melampau’ itu.

Mangsa, Rayyan Suleiman, tidak pulang ke rumah dari sekolah dengan rakan yang lain di Kampung Tuqu.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, bapa mangsa, Yasser, berkata beberapa tentera Israel mengejar anaknya sehingga akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian kerana ‘ketakutan melampau’.

Seorang pegawai perubatan yang memeriksa mangsa memberitahu Reuters, tubuh mangsa tidak mempunyai sebarang trauma fizikal dan kematian itu kelihatan konsisten dengan kegagalan jantung.

Ekoran itu, Kementerian Luar Palestin mengutuk sekeras-kerasnya tragedi itu sebagai ‘jenayah jelek’ dilakukan Israel.

Menurut seorang jurucakap tentera Israel, ketika itu anggotanya berada di kawasan berhampiran untuk mencari warga Palestin yang disyaki melarikan diri ke kampung terbabit selepas dikatakan membaling batu ke arah pemandu mereka.

“Siasatan awal menunjukkan tiada kaitan pencarian yang dijalankan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan itu dengan kematian tragik kanak-kanak terbabit,” katanya.

Saksi dalam kalangan penduduk Palestin, berkata tiada perbuatan membaling batu ketika itu. Jurucakap ketenteraan pula memaklumkan bahawa perincian kes berkenaan sedang dalam penelitian.

Di Washington, Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel, berkata AS sedih dengan kematian kanak-kanak Palestin yang tidak bersalah itu.

“Kami menyokong siasatan menyeluruh dan segera berhubung kematian kanak-kanak itu, termasuk siasatan terhadap tentera Israel,” katanya.

Sumber: BH