2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

‘JIKA MAHU, BUKA DI TEBING BARAT’

BAITULMUQADDIS: Israel mencadangkan supaya Amerika Syarikat (AS) membuka pejabat konsulatnya di Tebing Barat dan bukannya di Baitulmuqaddis.

Di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, Washington ‘menggembirakan penduduk Israel’ dan ‘mengecewakan rakyat Palestin’ apabila menutup konsulat Baitulmuqaddis.

Selain itu, pentadbiran Trump juga menempatkan petugas konsulat itu di dalam Kedutaan AS ke Israel yang dipindahkan ke Baitulmuqaddis dari Tel Aviv pada 2018.

Penduduk Palestin inginkan Baitulmuqaddis Timur dijadikan sebagai ibu negara Palestin pada masa akan datang.

Mereka melihat inisiatif AS untuk memindahkan kedutaannya sebagai menjejaskan aspirasi tersebut.

Di bawah pentadbiran presiden baharu iaitu Joe Biden, beliau yakin hubungan AS dan Palestin boleh berubah menjadi lebih baik.

Biden sebelum ini memaklumkan beliau bercadang untuk membuka semula konsulat di Baitulmuqaddis, biarpun tidak menyatakan tarikh sebenar.

“Tiada tempat untuk konsulat AS di Baitulmuqaddis dan kami menyuarakan pendapat kami secara telus, konsisten dan tanpa drama,” kata Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid mencadangkan supaya pembukaan semula konsulat AS dilakukan di Ramallah di Tebing Barat.

“Sekiranya mereka (AS) ingin buka konsulat di Ramallah, kami tiada masalah,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak kenyataan Lapid.

Kata Nabil Abu Rudeineh, mereka hanya akan terima konsulat AS di Baitulmuqaddis yang merupakan ibu negara Palestin.

Sumber: Utusan