2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

BANTUAN KECEMASAN KEBAKARAN DI ZAMBONGA, FILIPINA SELAMAT DIAGIH

8 Nov 2021: Serantau Muslim yang diwakili rakan kerjasama di Filipina telah berjaya mengagihkan bantuan kecemasan kebakaran di sana baru-baru ini.

Agihan bantuan tersebut telah diagih kepada penduduk yang terkesan akibat kebakaran di Zambonga, Filipina.

Buat makluman semua, antara bantuan yang telah diagihkan ialah pek makanan dan pakaian.

Dalam misi tersebut, Serantau Muslim telah dibantu oleh Wamy Philippines dan pasukannya demi menguruskan segala aktiviti pembungkusan dan pengagihan kepada yang terlibat dengan insiden yang tidak diingini tersebut.

Berikut merupakan gambar yang disertakan rakan kerjasama sepanjang aktiviti pengagihan.