2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

JENAZAH REMAJA PALESTIN DISERAHKAN KEPADA KELUARGA SEMULA

RAMALLAH, 4 JULAI – Selepas tiga bulan, Israel menyerahkan semula jenazah seorang remaja Palestin yang dibunuh berhampiran sempadan Gaza pada April lalu.

 

Jenazah Ishaq Shtewi, 16, diserahkan kepada keluarganya di Pusat Hak Asasi al-Mezan menerusi lintasan Beit Hanoun.

 

Ishaq meninggal dunia pada 14 April akibat kecederaan dialami selepas ditembak di Rafah.

 

Selepas ditembak, Ishaq yang masih hidup ditahan bersama beberapa lagi remaja kerana didakwa merusuh di sepanjang sempadan.

 

Sehingga kini juga, rejim Zionis masih menahan 260 jenazah rakyat Palestin, empat daripadanya adalah berusia bawah 18 tahun.

 

Sumber: Sinar Harian