99 PENDUDUK DI WILAYAH YANGON, SAGAING DAN AYEYAWADDY POSITIF H1N1
YANGON, 3 JULAI – Sejak dua minggu sekurang-kurangnya 21 orang maut akibat selesema babi (H1N1) di Myanmar.
Pegawai Kementerian Kesihatan Phyu Phyu Aye menyatakan seramai 21 orang termasuk empat orang kanak-kanak maut akibat virus H1N1 sejak beberapa minggu lalu.
Penduduk pertama yang dilaporkan terkorban akibat virus tersebut adalah pada 19 Jun.
Dalam pada itu, ujian saringan virus itu telah dijalankan kepada lebih 340 pesakit di tiga wilayah iaitu Yangon, Sagaing dan Ayeyawaddy, dan hasilnya seramai 99 didapati positif.
“Yangon adalah kawasan paling teruk terjejas,” kata Phyu Phyu Aye sambil menambah 18 kes dilaporkan berlaku di negeri itu.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
302