2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ISRAEL SEMAKIN RAKUS MUSNAHKAN RUMAH PENDUDUK PALESTIN DI BAITULMAQDIS

 

BAITULAMQDIS, 6 Sept. – Pihak berkuasa Israel terus melakukan penindasan ke atas rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.

 

Dalam kejadian terbaru kelmarin, rejim Zionis bertindak merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di pekan at-Tur.

 

Pemilik rumah berkenaan, Mohamed Abul Hawa berkata, pasukan polis dan pekerja perbandaran merobohkan rumahnya atas alasan ia dibina tanpa permit.

 

Menurut Abul Hawa, beliau menerima notis perobohan kira-kira 15 hari lalu tanpa sempat mencari kediaman baru untuk keluarganya.

 

Bulan lalu, Israel merobohkan 12 bangunan milik Palestin termasuk beberapa bangunan bertingkat di selatan Baitulmaqdis.

 

Tindakan merobohkan rumah rakyat Palestin yang sebahagian besar masih dalam pembinaan, turut dikutuk Kesatuan Eropah (EU) dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Israel mendakwa kediaman itu dibina terlalu dekat dengan sempadan pemisah Tebing Barat yang diduduki dan boleh mendatangkan risiko keselamatan.

 

Operasi merobohkan bangunan itu juga diluluskan oleh Mahkamah Agung selepas melalui proses perundangan yang panjang.

 

Rejim Zionis kerap menggunakan alasan pembinaan tanpa permit untuk melaksanakan perobohan ke atas rumah penduduk Palestin secara berterusan.

 

Tindakan tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada polisi Israel untuk menghalau keluar penduduk Palestin, sekali gus meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan.

 

Sumber: Sinar Harian