CHINA GODAM RANGKAIAN TELEKOMUNIKASI JEJAK UIGHUR
LONDON, 6 Sept. – Penggodam yang bekerja untuk kerajaan China didakwa menggodam rangkaian telekomunikasi untuk menjejaki golongan Uighur di Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Lapor Reuters, perkara itu didedahkan oleh dua pegawai perisikan dan dua konsultan keselamatan yang menyiasat hal berkenaan.
Beberapa kumpulan penggodam China menggodam rangkaian telekomunikasi di negara-negara seperti Turki, Kazakhstan, India, Thailand dan Malaysia.
Kesemua negara itu sering digunakan sebagai laluan transit oleh Uighur dari wilayah Xinjiang, China ke Turki.
Sumber: Utusan Malaysia
348