2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ISRAEL RAMPAS TANAH PALESTIN DI BAITULAHAM

 

RAMALLAH, 4 Sept – Tentera Israel mencetuskan ketegangan terbaru di Tebing Barat apabila merampas sebidang tanah milik penduduk Palestin di bandar Baitulaham kelmarin.

 

Sehari selepas merampas tanah terbabit, tentera Israel dilihat meletakkan beberapa buah karavan di sekitar al-Makhrour sebagai sebahagian persiapan rejim Zionis untuk mendirikan penempatan baru Yahudi di kawasan itu.

 

“Sekumpulan pendatang Yahudi menceroboh tanah milik Saba Iskandar di al-Makhrour dan mula melakukan kerja-kerja meratakan tanah.

 

“Mereka kemudian memasang kawat duri disekeliling tanah tersebut,” kata sumber tempatan.

 

Difahamkan, beberapa buah rumah dan premis perniagaan milik penduduk Palestin di al-Makhrour telah dirobohkan pihak berkuasa rejim.

 

Israel sering mengemukakan alasan tiada permit sebagai taktik merobohkan struktur binaan Palestin di Tebing Barat.

 

Namun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa ia sebenarnya muslihat Israel bagi mengembangkan penempatan Yahudi di wilayah majoriti Palestin.

 

Sumber: Sinar Harian