Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL KOYAK, SERANGAN TENTERA SIBER MALAYSIA BERJAYA BELA PALESTIN

KENYATAAN MEDIA SERANTAU MUSLIM | 14 MEI 2021 | JUMAAT

Serantau Muslim mengucapkan tahniah kepada warganet Malaysia ataupun tentera siber Malaysia yang berjaya menghantar mesej bertubi tubi di media sosial mempertahankan Palestin sehingga menyebabkan mental pasukan Zionis Israel koyak.

Rentetan peristiwa serangan Malam 27 Ramadhan iaitu pencerobohan terhadap umat Islam Palestin yang sedang melakukan solat tarawih di Masjidil Aqsa, pihak Israel didapati cuba memainkan sentimen mangsa (play victim) di media sosial hingga mengakibatkan kemarahan dan meluat di kalangan umat Islam khususnya Tentera Siber Malaysia. Zionis Israel cuba memutar belit fakta dengan menggambarkan seolah olah mereka adalah mangsa serangan walhal hakikatnya seluruh dunia tahu yang mereka adalah pengganas sebenar.

Serantau Muslim memuji usaha perang siber yang dijalankan dengan rela hati oleh seluruh Tentera SiberMalaysia ini walaupun sedang sibuk berhari raya, namun tidak melupakan nasib saudara seakidah yang sedang diuji di Palestin. Serantau Muslim mengucapkan syabas kerana #shameonIsrael dan #israelkoyak trending di pelbagai platform media sosial.

Serantau Muslim juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dalam tempoh beberapa hari sahaja telah berjaya mengumpul dana lebih RM 2 juta dari sasaran RM 10 juta yang diletakkan. Alhamdulillah, dana ini telah pun disalurkan serta merta melalui wakil di bumi Palestin.

Serantau Muslim berpandangan bahawa gelombang kebangkitan umat Islam ini haruslah di gerakkan secara berpanjangan dan bukannya bersifat sementara. Justeru, Serantau Muslim dengan ini mengisytiharkan menyertai gabungan puluhan NGO , selebriti, influencer, pihak korporat dan media dalam satu gerak kerja sistematik yang dinamakan sebagai My Aqsa Defenders.

Serantau Muslim melihat usaha penubuhan My Aqsa Defender ini adalah terjemahan kepada suara rakyat yang bergema di media sosial untuk pembebasan Palestin. Usaha membela Palestin tidak seharusnya sekadar berkisar di media sosial semata, sebaliknya ia mesti diterjemahkan dalam gerak kerja yang akhirnya dapat membebaskan Al Aqsa sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saidina Umar Al Khattab dan Salahudin Al Ayubi. Justeru, Serantau Muslim mencadangkan 6 agenda bertindak yang mesti dilakukan oleh semua umat Islam untuk usaha pembebasan bumi Palestin ini.

6 Agenda bertindak itu ialah seperti berikut:

a. Menggerakkan kempen kesedaran mengenai latar belakang ,sejarah Palestin dan sasaran gerakan agar orang ramai dapat menyebarkan maklumat yang tepat di media sosial secara berterusan dan tidak bermusim. Bahan bahan kempen penerangan secara kreatif amat digalakkan untuk dihasilkan oleh orang ramai dan disebarkan di pelbagai media dan diletakkan #myaqsadefender

b. Kempen meninggalkan barangan keluaran Israel melalui kempen BDS (Boycott, Divestment, Sanction) ditingkatkan dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak korporat dan pembeli.

c. Menggabungkan lebih ramai NGO, Badan Korporat, NGI, Selebriti, tokoh, Influencer dalam dan luar negara dalam front My Aqsa Defender untuk Tindakan dan gema suara yang lebih berkesan.

d. Mengumpulkan dana secara cetralised melalui NGO yang terlibat dalam My Aqsa Defender untuk program rehabilasi dan pembelaan yang lebih tersusun , sistematik dan stratergik. Dana bantuan yang diterima akan dilaporkan secara telus dan integrity agar lebih ramai orang yakin untuk terus menyumbang membantu usaha pembelaan bumi Palestin.

e. Menggesa Negara Negara Islam mengambil tindakan drastik untuk menyekat sebarang akses dan hubungan dua hala dengan negara haram Israel terutamanya negara negara Arab yang berjiran dengan Palestin .

f. Menyeru seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada melalui penjagaan terhadap solat di awal waktu, mentadabbur isi Alquran setiap hari serta meningkatkan Infaq, agar bantuan Allah turun dan inilah kejayaan sebenar dalam gerak kerja ini.Serantau Muslim mengharapkan gelombang kesedaran rakyat dalam pembelaan nasib Umat Palestin ini dapat diteruskan lagi sehinggalah kita menyaksikan Al Aqsa berjaya dibebaskan dari Zionis Israel .

Sebarang sumbangan untuk usaha pembelaan ini bolehlah disalurkan melalui portal untukmupalestin.com ataupun melalui nombor akaun Maybank Serantau Muslim 5641-0042-3082

Semoga Allah menurunkan pertolongan kepada kita dan memberkati usaha kita dalam rangka pembebasan bumi suci Palestin. Amin.

Terima kasih.

Ustaz Mohd Hakim Bin Mohd Nor
Pengerusi
Serantau Muslim
03-84081789
[email protected]