2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM AGIHKAN MAKANAN, ‘SHELTER’ KEPADA RAKYAT PALESTIN

17 Mei 2021 –  Serantau Muslim telah bekerjasama dengan rakan kerjasama di bumi anbiya’, Palestin dengan mengedarkan sebanyak 280 pek makanan yang telah siap di masak kepada mereka yang memerlukan di kawasan sekolah UNRWA.

Dunia maklum bahawa rejim Zionis kini sedang ‘membuas’ di sana dan telah merosakkan banyak kemudahan awam dan mengorbankan banyak nyawa sehinggakan mereka mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti harian.

Oleh yang demikian, tindakan awal Serantau Muslim ialah dengan mengagihkan makanan kepada mereka di sana bagi mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim turut mengedarkan 100 set tempat perlindungan sementara atau ‘shelter’ untuk 100  keluarga di sana.

Banyak cerita-cerita sedih yang boleh dilihat dari gambar-gambar di media sosial yang mungkin mengundang pelbagai perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Teruskan berdoa agar ALLAH menurunkan kemurkaan kepada tentera Zionis laknatullah dan menguatkan sistem pertahanan orang-orang mukmin di sana.

Untuk maklumat lanjut sila layari, untukmupalestin.com.