2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
96dd0263-7305-46e8-ac03-a3b17c981172.jpg
Info Semasa

Israel akan menutup wilayah Palestin untuk cuti Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel akan menutup Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki menjelang tiga hari perayaan Yahudi sempena hampir sebulan peringatan keagamaan, menurut tentera.

Rakyat Palestin tidak akan dibenarkan meninggalkan Tebing Barat atau Semenanjung Gaza untuk memasuki Israel semasa tahun baharu Yahudi, Rosh Hashana akhir bulan ini serta cuti Yom Kippur dan Sukkot pada Oktober.

“Semasa penutupan itu, laluan akan dibenarkan hanya dalam kes kemanusiaan, perubatan dan luar biasa,” kata tentera yang kerap mengenakan langkah-langkah itu semasa cuti.

Penutupan dilakukan dalam suasana ketegangan yang memuncak selepas beberapa siri serangan maut ke atas Israel sejak Mac.

Sejak itu tentera Israel telah meningkatkan serbuan di Tebing Barat, terutamanya di kawasan Nablus dan Jenin di mana kumpulan bersenjata Palestin aktif.

Tentera menyatakan operasi itu bertujuan menangkap orang yang disyaki melakukan ‘keganasan’, sering diselangi oleh pertempuran dengan pejuang atau penduduk.

Semalam, seorang rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran di bandar Nablus dalam operasi yang jarang dilakukan oleh pihak berkuasa Palestin untuk menangkap anggota gerakan Islam Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza.

Fatah telah bertelagah dengan Hamas sejak 2007, apabila gerakan Islam menguasai Gaza selepas perang saudara berakhir.

Sejak itu, usaha perdamaian telah gagal.

Sumber: BH