2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
1ab0d4c7-d002-4698-9af8-9fa44acc5d26.jpg
Info Semasa

Cabaran TikTok satu perjudian, tegas ulama kanan Arab Saudi

RIYADH: Seorang ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menegaskan pertandingan cabaran di laman rangkaian sosial terutama aplikasi TikTok yang terkenal disifatkan satu perjudian dilarang dalam Islam.

Sheikh Abdullah Al-Manea berkata aktiviti seperti itu tidak dibenarkan dalam apa juga keadaan sama ada membabitkan permainan antara sesama jantina, mahupun sebaliknya.

Bercakap kepada Okaz/Saudi Gazette, Sheikh Al-Manea, yang juga ahli Akademi Fiqh Islam Antarabangsa, berkata perjudian adalah sejenis denda dan kemungkinan rampasan, dan denda adalah jumlah yang dicabar dan seorang daripada mereka mungkin memperoleh keuntungan.

Penegasan tokoh ulama itu dibuat ketika cabaran pada aplikasi TikTok menjadi sohor kini (trending) di media sosial. Aplikasi itu telah menjadi destinasi kegemaran untuk video pendek mudah alih.

TikTok menganjurkan pelbagai video pendek, daripada genre seperti gurauan, aksi, helah, jenaka, tarian dan hiburan dengan tempoh antara 15 saat hingga 10 minit.

Cabaran di TikTok ialah kempen atau aliran yang mempelawa orang ramai untuk membuat video sendiri berdasarkan tugas tertentu seperti memaparkan bakat atau pengembaraan.

Sumber: Berita Harian