2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

I$R@EL LANCAR SERANGAN UDARA BERTERUSAN KE ATAS GAZA

BANDAR GAZA: Jet pejuang I$r@el melancarkan beberapa siri serangan udara semalaman ke atas Semenanjung Gaza, kali kedua sejak gencatan senjata diumumkan 21 Mei lalu bagi mengakhiri pertempuran 11 hari sebelum ini.

Sumber Palestin memberitahu, peluru berpandu I$r@el menyerang beberapa lokasi milik kumpulan bersenjata di barat laut Bandar Gaza dan utara Beit Lahia di wilayah yang terkepung.

Sebuah bangunan pentadbiran awam di sebelah timur Jabaliya di utara juga menjadi sasaran, selain ladang pertanian di sebelah timur bandar Khan Younis. Tiada korban jiwa dilaporkan.

Susulan serangan udara itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataan berkata siri pengeboman itu adalah demonstrasi kerajaan I$r@el yang baharu, merujuk kerajaan Naftali Bennett yang baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

TV Al Aqsa milik Hamas melaporkan dron I$r@el jatuh di barat Bandar Gaza.

Media I$r@el melaporkan tentera mereka menyerang Hamas di Semenanjung Gaza sebagai tindak balas pelancaran belon api oleh aktivis di wilayah berkenaan.

Dalam kenyataan, tentera berkata, pihaknya akan berterusan memusnahkan kemampuan dan struktur ketenteraan Hamas serta bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Rabu lalu, I$r@el turut melakukan serangan udara yang menyasarkan fasiliti Hamas.

Sekurang-kurangnya 257 rakyat Palestin termasuk 66 kanak-kanak terbunuh sepanjang pertempuran 11 hari di Semenanjung Gaza bulan lalu.

Di pihak I$r@el pula, 13 penduduk termasuk dua kanak-kanak terbunuh oleh serangan roket dari Gaza.

Sumber: Berita Harian