2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info Semasa

Hina Islam: Pub promosi arak percuma kepada pelanggan bernama Muhammad

JAKARTA: Semua cawangan pub terkenal, Holywings digesa ditutup selepas didakwa sengaja menghina agama Islam menerusi promosi minuman beralkohol.

Menerusi media sosial, pub itu membuat promosi minuman beralkoho percuma setiap hari Khamis untuk pelanggan yang bernama Muhammad dan Maria.

Promosi itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak, terutamanya masyarakat beragama Islam di seluruh negara, termasuk dari Jakarta sehingga Surabaya.

Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Pemuda Pancasila Makassar menyifatkan promosi yang dilakukan Holywings amat keterlaluan dan melukai masyarakat Islam.

Sehubungan itu, persatuan tersebut meminta pub berkenaan memohon maaf.

“Kenapa perlu sebut nama Muhammad? Ada banyak nama lain tapi kenapa nama Muhammad yang dipilih?

“Mustahil Holywings tidak tahu sensitiviti agama di negara ini dan nama Muhammad itu tinggi darjatnya dalam agama Islam,” kata ketua persatuan tersebut, Husnul Mubarak kepada CNN Indonesia.

Gerakan Pemuda Ansor Surabaya turut mengecam Holywings dan meminta pihak berkuasa mengharamkan operasi pub tersebut di seluruh negara.

Kumpulan pergerakan itu juga menggesa gabenor Surabaya, Eri Cahyadi bertindak tegas terhadap pengurusan Holywings yang ternyata tidak sensitif terhadap agama.

Di Jakarta, kecaman turut dibuat oleh Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Dadang Kahmad.

“Tindakan Holywings amat memalukan. Nama yang menjadi simbol Islam dibuat main-main. Apakah yang mereka fikir?,” ujarnya.

Sementara itu, enam pekerja Holywings sudah ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber: Utusan