2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-09-13 at 11.02.10 AM
Info Semasa

Gempa Maghribi: 100 ribu kanak-kanak terjejas, ramai mati dan kehilangan ibu ayah

MALAYSIA, 13 September 2023 – Tragedi gempa bumi berukuran 6.8 magnitud pada skala Ritcher Jumaat lalu telah meragut ribuan nyawa dan menyebabkan kecederaan ribuan penduduk termasuklah kanak-kanak.

Serantau Muslim difahamkan bahawa kira-kira 100, 000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi itu sejak beberapa hari ini.

Menurut rekod United Nations Children’s Fund (UNICEF) mereka masih berusaha mendapatkan jumlah sebenar kanak-kanak yang terbunuh dan cedera, dan anggaran terkini dari tahun 2022 menunjukkan kanak-kanak mewakili hampir satu pertiga daripada populasi di Maghribi iaitu seramai 37,841,363 orang penduduk.

Manakala menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lebih 300,000 orang telah terjejas di Marrakesh dan di pergunungan High Atlas berikutan gempa bumi itu.

Sekali gus, kanak-kanak di sana turut kehilangan orang-orang tersayang termasuk ibu bapa mereka.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di sana bimbang akan jumlah peningkatan angka korban dan cedera berikutan operasi menyelamat masih diteruskan.

Serantau Muslim turut menyeru seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama bersolidariti dan memberi sokongan kepada saudara kita di Maghribi dengan memanjatkan doa serta menghulurkan sumbangan bagi mengurangkan beban mereka.

Wakil kami telah pun ada di lokasi gempa untuk memantau dan memberi perkembangan dari semasa ke semasa. Kami menggerakkan kutipan sumbangan melalui bantuankecemasan.com. Serantau Muslim membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia, dermawan dan badan-badan korporat untuk sama-sama membantu dalam misi bantuan ini.

Semoga sumbangan kita walaupun kecil dapat membantu memberi sinar kegembiraan kepada mereka.