2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-09-13 at 11.04.00 AM
Info Semasa

Gempa bumi bermagnitud 6.0 di Pulau Sulawesi

Jakarta: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda berhampiran Pulau Sulawesi, Indonesia pada Sabtu.

Menurut Harian Metro yang memetik kenyataan dari Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran berlaku pada 9.43 malam waktu tempatan, pada kedalaman 9.9 kilometer (km).

Agensi geofizik Indonesia (BMKG) melaporkan tiada ancaman tsunami, tetapi memberi amaran kemungkinan gegaran susulan.

Ia pada mulanya melaporkan gempa itu bermagnitud 6.3.

“Saya sedang tidur lena (ketika gempa bumi bergegar). Saya melompat dari katil serta-merta

“Saya berasa seperti digoncang seolah-olah nasi sedang diayak. Ia naik dan kemudian turun. Gegaran itu benar-benar kuat kerana saya tinggal berhampiran dengan pusat gempa. Ia berlaku kira-kira lima saat ,” katanya kepada AFP.

Katanya, bekalan elektrik terputus di kawasannya, jadi dia tidak dapat melihat jika terdapat kerosakan.

“Saya berada di luar (rumah) sekarang, bersama keluarga dan jiran ,” tambahnya.

Video yang diperoleh AFP menunjukkan orang ramai yang panik di perkampungan Lambonga, Sulawesi Tengah, berkumpul di luar rumah kerana bimbang adanya gempa susulan.

Pada November lalu, gempa bumi bermagnitud 5.6 melanda Pulau Jawa dan mengorbankan 602 individu.

Kebanyakan mangsa gempa bumi itu maut, apabila bangunan runtuh.

Gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda Pulau Sumatera di negara itu pada April lalu, menggegarkan rumah hingga penduduk panik, tetapi ia tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kerosakan.