Info Semasa
Gempa bumi: Lebih 240 gegaran susulan landa Turkiye, Syria
ISTANBUL – Sejumlah 243 gegaran susulan berlaku di wilayah sempadan Turki-Syria setakat ini, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.
Pengerusi AFAD, Yunus Sezer berkata, jumlah itu berdasarkan maklumat yang telah dikemas kini pada pagi Selasa, sehari selepas gempa bumi kuat melanda wilayah itu yang mengorbankan ribuan penduduk di Turkyie dan Syria, lapor Sinar Harian.
Dalam laporan sama, jurucakap UNHCR untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Rula Amin memberitahu Agensi Akhbar Jerman (dpa), orang ramai takut untuk tinggal di rumah berikutan banyak gegaran susulan.
332