2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp-Image-2023-02-06-at-1.09.52-PM-1
Aktiviti SMInfo Semasa

BANTUAN TANPA HENTI KEPADA UMAT ISLAM SYRIA

Kami agihkan bantuan sempena musim sejuk kepada pelarian Syria di negara mereka sendiri.

Antara yang kami agihkan termasuklah kelengkapan pakaian sejuk, bantuan makanan dan set bahan bakar yang dijadikan alat pemanas ketika mereka dalam kesejukan.

Serantau Muslim masih meneruskan sumbangan bantuan makanan di kem pelarian di Lubnan dan kali ini agihan dijalankan di Hmayed Camp.

Bantuan makanan yang siap dimasak ini adalah salah satu usaha Serantau Muslim melalui program Untukmu Syria.

Terpancar sinar gembiraan para pelarian Syria ini apabila mendapat bantuan makanan daripada kami.

Bagi kita mungkin ia perkara biasa, makanan yang biasa kita dapat. Namun bagi mereka ia nikmat yang terindah.

Terima kasih atas sumbangan anda melalui program Untukmu Syria. Sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.

Terima kasih kerana tidak henti-henti menyokong usaha kami, layari: https://serantaumuslim.org.my/donations/untukmu-syria/