2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

WANITA MUSLIM INDIA DIHINA ‘UNTUK DIJUAL’ DALAM TALIAN

NEW DELHI: Polis Delhi memaklumkan mereka sedang menyiasat gangguan secara dalam talian membabitkan ratusan wanita Muslim sebagai ‘untuk dijual’ di laman web ‘Sulli Deals’, sehingga turut menerima ugutan rogol dan bunuh.

Wanita terbabit yang aktif di platform media sosial seperti Twitter, mendapati gambar profil mereka dipamerkan di GitHub, platform laman web menggunakan aplikasi sumber terbuka seperti ‘Sulli Deal of the day’, yang menawarkan peluang untuk ‘membida’ mereka dalam lelongan olok-olok.

Github menutup laman web itu serta merta kerana ‘melanggar dasarnya’ namun segelintir wanita berkata, tujuan aplikasi itu adalah untuk menjatuhkan maruah dan menghina mereka.

Istilah “sulli” adalah satu penghinaan bagi wanita Islam di India, yang biasa digunakan nasionalis Hindu.

Khamis lalu, polis Delhi mendaftarkan satu kes terhadap ‘individu tidak diketahui’ mengikut 354A Seksyen IPC (mengenai gangguan seksual) berikutan satu aduan yang diterima melalui Portal Laporan Jenayah Siber Kebangsaan selepas Suruhanjaya Delhi bagi Wanita membangkitkan perkara itu.

“Kita sudah membuka kes bagi isu ini dan sedang menyiasatnya,” kata jurucakap Polis Delhi, Chinmoy Biswal kepada Arab News, pada Sabtu.

Banyak gambar yang dimuat naik di laman web itu ialah wanita Islam yang terkenal termasuk penyelidik, juruterbang, wartawan dan seniman.

Bagaimanapun, beberapa orang wanita itu berkata, mereka ragu-ragu polis akan melakukan siasatan terperinci untuk mencari dan mendakwa pelaku.

“Jika seseorang melalui pengalaman, saya tidak rasa sebarang tindakan akan diambil terhadap pelaku,” kata seorang penyair dan penulis di Delhi, Nabiya Khan kepada Arab News.

“Saya sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap lelaki dan pelaku ini. Saya harap akan mendapat keadilan.

“Saya harap aduan saya tidak menemukan permusuhan, sebaliknya maruah,” katanya.

Sumber: Berita Harian