2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM AGIH TENANG KIT RENTASI SEMPADAN KAUM, USIA

Serantau Muslim sedia maklum dengan keadaan masyarakat kita pada hari ini yang mana berada dalam sedikit kesulitan bekalan makanan akibat pandemik yang belum surut angkanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Makluman diterima Serantau Muslim sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ini, lebih 60 peratus penduduk di Pulau Pangkor hilang punca pendapatan.

Oleh hal itu, Serantau Muslim bersama-sama rakan kerjasama di beberapa negeri telah turun padang berjumpa penduduk setempat yang kurang berkemampuan sama ada mereka diberhentikan kerja, sakit dan tiada sumber pendapatan yang tetap.

Dalam agihan kali ini, Serantau Muslim telah merentasi sempadan kaum dan tidak memilih kaum tertentu untuk diberi bantuan pek makanan #tenangkit.

Bukan itu sahaja, #tenangkit ini juga diagih mengikut keperluan semasa penduduk, misalnya sebahagiannya memerlukan susu anak dan sebahagiannya sebaliknya.

Misalnya, di Papar dan Semporna, Kota Kinabalu telah menyalurkan sebanyak 63 pek makanan, 16 pek susu bayi kepada mereka di sana.

Selain di Sabah, agihan sumbangan #tenangkit yang berupa makanan, susu dan lampin bayi turut diberikan kepada keluarga yang terjejas akibat Covid-19 di sekitar Teluk Intan, Perak.

Cakna dengan isu viral baru-baru ini, SM turut menyalurkan sumbangan kepada keluarga yang mengibarkan bendera putih.

Tidak terhenti di situ sahaja, Serantau Muslim telah menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada masyarakat yang memerlukan di sekitar Behrang dan Taiping, Perak.

Serantau Muslim berharap semua sumbangan daripada Serantau Muslim bersama-sama orang ramai ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk keluarga dan sekali gus dapat mengurangkan bebanan dalam menghadapi situasi yang mencabar ketika ini.

Ucapan terima kasih Serantau Muslim kepada semua penyumbang yang menyumbang melalui Serantau Muslim dan didoakan semua penyumbang berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.