2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

* THE KHADIJAHS X SERANTAU MUSLIM CAMPAIGN *

Assalamualaikum WBT. Kami berharap & mendoakan agar semua berada dalam keadaan yang sihat & selamat dalam menghadapi waktu getir ini, InsyaAllah. 

Kami, THE KHADIJAHS adalah sebuah “support group” wanita yg terdiri dpd artis, pengamal media & “social influencer”. Kami bermula sebagai sebuah usrah kecil, membantu sesama ahli, membina kekuatan spiritual & emosi.

Namun dalam berhadapan cabaran Covid19 kami percaya, THE KHADIJAHS mampu memberi lebih banyak sokongan kepada masyarakat melangkaui keluarga kecil kami.

Justeru kolaborasi bersama NGO SERANTAU MUSLIM. NGO ini bergiat aktif membawa misi menerajui perhubungan Umat Islam Serantau Asia melalui bantuan kemanusiaan, kerjasama ekonomi, pembangunan pendidikan serta mengembangkan bakat kepimpinan.

Berikut adalah dua (2) kempen yang kami lancarkan:-

  1. bantuankecemasan.com – Terbahagi kepada 4 jenis bantuan

(i) TenangKit*

(ii) Hand Sanitizer & Facemask

(iii) Buah-buahan bagi Frontliners

(iv) Keperluan harian bagi golongan terkesan eg; asnaf, B40 (makanan & peralatan keselamatan) tanpa mengira bangsa & agama.

  1. heromalaysia.com – alat kelengkapan kritikal bagi keperluan Barisan Hadapan di Hospital & klinik seluruh Malaysia

Untuk infaq sila guna link berikut:
👉🏼 bantuankecemasan.com
👉🏼 heromalaysia.com

Ayuh kita sama-sama menghulurkan bantuan dalam usaha menangani Covid19. Moga Allah merahmati, menerima & menambahkan rezeki ke atas sumbangan sedikit kita.

#kitajagakita

#Allahjagakita

#TheKhadijahsxSerantauMuslim