2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TENTERA 1SR@EL ROBOHKAN 11 RUMAH PENDUDUK PALESTIN

TEBING BARAT: Tentera Israel tanpa sekelumit rasa perikemanusiaan nekad merobohkan 11 perumahan penduduk di komuniti Bedouin di al-Qabbun, timur laut Ramallah.

Sumber tempatan memaklumkan tentera Israel mengiringi lori pengangkut barang ke perumahan penduduk, merobohkan 11 perumahan penduduk serta merampas traktor, tangki air dan sumber tenaga suria di kawasan itu.

Perobohan rumah serta penyitaan infrastruktur adalah sebahagian daripada realiti harian di kawasan itu sehingga memaksa ramai orang terpaksa tinggal di dalam gua dalam usaha memberikan jalan kepada pembinaan penempatan haram.

Terdapat hampir 700,000 penduduk haram Israel tinggal di 256 penempatan haram dan pos yang tersebar di Tebing Barat termasuk di Baitulmuqaddis Timur.

Penempatan Israel secara jelas adalah tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Sumber: Utusan Malaysia