2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

SM SANTUNI PELAJAR TAHFIZ SIMPANG BUGIS

28 April – Serantau Muslim telah menyantuni pelajar tahfiz yang berada di Maahad Tahfiz Simpang Bugis, Melaka.

Serantau Muslim yang diwakili beberapa orang kakitangan telah menjalankan program Tajaberbuka di insititusi berkenaan selama dua hari bermula semalam sehingga 28 April 2021.

Dalam program berkenaan, antara kakitangan yang berpeluang menyantuni pelajar di sana ialah Shamerra (Pegawai Khidmat Pelanggan), Zulaikha (Pengurus Pemasaran) dan Wardatul Tohirah (Pegawai Perhubungan Awam).

Antara bantuan yang disalurkan ialah pek iftar, kotak makanan dan mushaf Al-Quran.

Buat makluman, seramai 40 orang pelajar bersama tenaga telah turut serta dalam program berkenaan.

Layari tajaberbuka.com untuk maklumat lanjut.