2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

SM SANTUNI MANGSA BANJIR DI DALAM NEGARA

27 Dis 2021: Minggu lalu, beberapa buah negeri di Malaysia telah diuji dengan bencana banjir yang tidak diduga dan air bah ini dikhabarkan naik kembali di beberapa kawasan di Selangor khususnya.

Antara negeri yang terkena dengan ujian ini ialah Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka dan Perak.

Rata-rata mangsa masih berada dalam keadaan ‘terkejut’ akibat ada dalam kalangan mereka yang kehilangan orang tersayang, harta benda dan sebagainya.

Dalam keadaan ini, Serantau Muslim bersama-sama kakitangan turun padang demi menyantuni mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain lagi.

Buat makluman semua, banyak keperluan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir seperti pekakas untuk memasak (periuk nasi elektrik, dapur gas, pemanas air elektrik dan sebagainya).

Justeru itu, ayuh sama-sama kita membantu dan mendoakan semua mangsa yang terlibat dalam banjir ini terus kuat dan tabah menerima ujian.

Kepada yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam menyantuni mereka yang kesulitan ini, layari bantuankecemasan.com atau terus ke akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim 5641-0042-1083.

Serantau Muslim membuka peluang kepada para penyumbang untuk menyubang dari serendah RM10 hinggan RM5,000 untuk membeli keperluan mangsa banjir ketika ini, dan sasaran kutipan ialah sebanyak RM1,000,000.00.

Jika yang ingin mendapatkan info lebih lanjut berkenaan aktiviti pasukan Serantau Muslim kali ini, taipkan #Allahpilihkita, agar kita sama-sama boleh lihat aktiviti semasa Serantau Muslim bersama mangsa-mangsa banjir dalam negara.