2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM AGIH PEK MAKANAN DAN PEK PEMBERSIHAN KEPADA PENDUDUK DI KALIMANTAN, INDONESIA

Serantau Muslim telah berjaya membuat agihan sebanyak 200 pek makanan buat keluarga yang terjejas akibat banjir di Kalimantan Selatan, Indonesia.

Dalam agihan yang sama, Serantau Muslim turut menyumbangkan pek pembersihan untuk kegunaan 50 buah masjid di sana.

Buat makluman, pada awal tahun ini, beberapa wilayah di Indonesia dilanda bencana alam. Antaranya ialah Sumedang mengalami tanah runtuh, Cirebon dilanda banjir, Kalimantan Selatan juga sama dilanda banjir dan beberapa daerah lagi mengalami tanah runtuh dan gempa bumi.

Serantau Muslim berharap semua penduduk yang terjejas dapat bersabar dan sentiasa berhati-hati serta perlu peka dengan arahan pihak berkuasa di sana.

Semoga segalanya dipermudahkan.

#Sedekah #SerantauMuslim