2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM AGIH KERUSI RODA KEPADA YANG MEMERLUKAN

Serantau Muslim telah menerima permohonan untuk mendapatkan kerusi roda dari pelbagai negeri di Malaysia.

Terkini, pemohon dari Melaka dan Selangor telah menerima bantua kerusi roda ini.

Serantau Muslim bersyukur kerana dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan warga emas.

Menurut salah seorang pemohon, beliau meminta cucu untuk membuat permohonan kerana kerusi roda yang sediada telah uzur.

Puan Khalijah (penerima bantuan kerusi roda) dari Rawang, Selangor ini begitu berterima kasih pada pihak Serantau Muslim atas sumbangan kerusi roda kerana dapat memudahkan pergerakan beliau.

“Alhamdulillah, terima kasih SM kerana bantuan ini dapat memudahkan pergerakan saya”, kata Puan Khalijah.

Selain Puan Khalijah, menantu kepada ibu mertua, Puan Maizatul dari Melaka juga berterima kasih atas bantuan kerusi roda untuk ibu mertuanya.

“Ibu mertua saya baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan kaki beliau terpaksa dipotong sehingga paras betis akibat kencing manis dan alhamdulillah bantuan ini dapat memudahkan pergerakan beliau”, ujar Puan Maizatul.

Buat makluman, bantuan kerusi roda ini dihantar terus kepada pemohon melalui sistem penghantaran domestik.

Kepada yang memerlukan, boleh layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.

https://donate.serantaumuslim.org.my/order/form/permohonankerusirodaWarga Emas.

Serantau Muslim berharap bantuan kerusi rod aini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan dan didoakan semoga semua urusan mereka yang memerlukan dipermudahkan ALLAH SWT.