2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SERANGAN ROKET YEMEN RAGUT 30 NYAWA

 

SANAA, 6 Sept – Angkatan tentera Yemen mendakwa serangan roket dilancarkan kumpulan itu yang menyasarkan lokasi berhampiran bandar Jizan di Arab Saudi telah meragut hampir 30 nyawa tentera pakatan Teluk.

 

Stesen TV al-Masirah melaporkan, tentera Yemen dibantu pejuang daripada Jawatankuasa Popular telah melancarkan peluru berpandu Zelzal-1 dan roket Katsuya ke sebuah lokasi di pekan Haradh.

 

Sumber tentera Yemen berkata, serangan itu sebagai tindak balas serangan udara tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi di negara terbabit.

 

Sumber: Sinar Harian