2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-12-08 at 2.38.43 PM
Uncategorized @ms

Ramai Tentera Zionis Diserang Virus Shigella Yang Boleh Menyebabkan Kematian Di Gaza

Pasukan askar Israel yang bertempur di Semenanjung Gaza, dilaporkan diserang jangkitan Shigella, cirit-birit dan keracunan makanan.

Menerusi laporan Kosmo, sejak menyerang Gaza pada 7 Oktober lalu, banyak restoran, rangkaian makanan dan individu membuat sumbangan makanan kepada askar Israel.

Ia mungkin disebabkan oleh penyimpanan yang kurang baik untuk beberapa bahan makanan dan difahamkan, pasukan tersebut mungkin termakan hidangan tercemar yang diagihkan kepada mereka sejak kempen pencerobohan ke atas wilayah Gaza dilancarkan.

“Cirit-birit telah merebak dalam kalangan askar di selatan Israel di pelbagai kawasan tumpuan. Ia kemudian merebak kepada askar-askar di Gaza.

“Hasil diagnosis menemui jangkitan bakteria Shigella yang menyebabkan disentri, penyakit yang sangat berbahaya yang telah merebak dalam kalangan askar di Gaza.


“Jika jangkitan itu merebak dalam kalangan 10 askar dalam sebuah pasukan infantri, di mana mereka mengalami demam selepas suhu mencapai 40 darjah Celsius dan cirit-birit setiap 20 minit, mereka tidak lagi cergas untuk bertempur,”  kata Ketua Unit Penyakit Berjangkit Hospital Universiti Assuta Ashdod, Dr. Tal Brosh.

Antara akibat daripada jangkitan ini ialah jika jangkitan ini tersebar kepada 10 orang di dalam satu kompeni IDF. Ia menyebabkan mereka tidak mampu bertempur dan terdedah kepada risiko kematian.