RAJA SALMAN ARAH SIJIL WARTAWAN LAWAT ISRAEL DITARIK BALIK
BAITULMAQDIS, 25 JULAI – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah mengarahkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk membatalkan sijil kewartawanan milik seorang wartawan negara itu, Mahmoud Saud yang diserang di Al Haram Al Sharif ketika menyertai lawatan ke Israel.
Keputusan itu dibuat berikutan tindakan beliau yang dianggap ‘menentang nilai dan tradisi kerajaan Arab Saudi.
Dalam kejadian Isnin lalu, penulis blog yang menyertai sekumpulan enam delegasi media bagi mewakili Dunia Arab itu di lempar kata-kata kesat, diludah, dicerca dan disuruh ‘pergi ke synagogue’, panggilan untuk pusat ibadat Yahudi sebaik memasuki Al Haram Al Sharif.
Turut tular adalah sebuah klip video yang menunjukkan orang ramai melemparkan kata-kata kesat seperti ‘pengkhianat’, ‘binatang’ terhadap Saud sebaik memasuki Al Haram Al Sharif.
Seorang kanak-kanak turut dilihat menghampiri dan meludah mukanya.
Satu lagi klip video menunjukkan Saud dilempar dengan kerusi plastik dan tongkat ketika sedang berjalan di pasar Kota Lama.
Sumber: Berita Harian